I know the road is long..

24th April 2016

Bangun fajar di Hayaah, buka ws group family, terpapar susuk tubuh yang kukenal.. Terlihat sisa darah di bibir dan bajunya.. Satu lagi gambar, kuperhatikan lama.. Sukar untuk kutangkap gambaran wajahnya.. Susuk tubuh itu kelihatan tidak sedar, berbalut bahagian atas kepalanya..

Allahu..

Seusai Subuh berjemaah, aku terus membuat panggilan ke Malaysia. 
"Assalamuaikum ming.."
"Ten, ming nge kere otw balik ni.. Ming pun tahu lambat tadi, nati gapo2 ming update balik deh"

Allah..


***

bukan niat untuk mengadu ya Allah..
aku yakin ini ujian buatku..
aku bukanlah antara yang kuat ya Allah..
kuatkan aku.

bukan niat untuk mengadu..
tetapi,
satu demi persatu ya Allah..
my heart is crushed.
deep.
torn.

kepada siapa aku mahu mengadu ya Allah..
kerna aku tahu,
manusia takkan pernah ada selamanya,
manusia takkan pernah faham sebenar-benarnya,
hanya Engkau Ya Allah..
kuatkan aku..

seringkali kupinta, habiskan tempoh umurku agar aku bisa kembali padaMu,
tidak perlu kugusar keperitan dunia,
tidak perlu kuendah sadis dunia,
astaghfirullah..

hanya satu kupinta ya Allah,
kuatkan aku,
kuatkan aku dengan adanya Harun di sepanjang perjalanan ini..
walaupun kutahu, dengan adanya Engkau itu sudah cukup!
lebih dari sekadarnya,
namun jiwa kumeronta untuk dituntut nilai fitrahnya,
akalku pula menafikan sebaliknya..
Allah..

Allah my murobbi Agung, forever murobbi,
inilah tarbiah bil ahdas buat diriku,
diasak ujian bertimpa-timpa,
hingga hilang kebergantunganku pada manusia
hilang harapanku pada dunia

Sometimes it just gets too much,
I feel that I've lost touch,
I know the road is long,
Make me strong..

The road to You, My Lord,
I know it wouldn't be easy,
For I am just a human,
A traveller,
Flawed, forgetful, weak.
.....

Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Jagakan mereka untukku ya Allah. Berikan aku kesempatan untuk pulang berbakti, selagi masa masih berbaki.
Ku tahu ini antara aturanMu, yang perkenankan doaku, agar tidak tergoda dengan godaan dunia.
Maka Kau berikan ujian ini, aku sedia maklum ya Allah,
Aku terima ujian ini dengan berlapang dada,
Aku terima ujian-ujian sebelum ini juga dengan redha, inshaAllah..
Cuma satu pintaku, kuatkan langkahku,
Sehingga ruhku tiba dipintu JannahMu,
Sehingga Engkau redha untuk bertemuku,
Sehingga Engkau mengatakan Kau redha terhadapku ya Allah..
Sekalipun kerap kali aku jatuh di dunia ni ya Allah..
Kerap kali aku kecewakanMu Ya Allah,
Namun tidak pernah sekali kau putus harapan pada ku ya Allah..

Make me strong..
Cuz I have no one but only You, Ya Allah..





No comments: