"Tolong each other, kan sweet tu"


Tehee. Thanks Shidah bagi topik ‘cam best’. Lagi sekali pasal lelaki-perempuan. Haih Murshidah ni takde topic lain ke nak bagi? :p


Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki.


Phew, mantap.

Semua sedia maklum, perempuan ni fitnah terbesar kot yang ditinggalkan untuk lelaki. Sedar tak sedar, mesti kita Kaum Hawa ni pernah buat diorang rasa special. Ehhh, diorang pun kan? Hewhew.

Makanya hari ini diputuskan, dua-dua pihak salah. Senang.

Pernah terfikir tak macam mana masalah ni boleh timbul? Iyup, ikhtilat. Awal-awal kenal biasa je.. Lama lama bila dah selalu contact, mesti ada timbul rasa sesuatu yangggg….

Yeah, u know it better ;)

Mengimbau kembali sejarah silam *cewahh* Saya banyak kali dah terjerumus dalam perkara-perkara ni. Sebab tu lah cik Murshidah ni suruh kupas pasal topik ni. Eh, saje je kan Shidah? Ish. :p

Ni lah susahnye bila teknologi yang berkembang disalahguna. Alhamdulillah, makin hari makin faham erti hidup. Makin tahu macam mana nak kemudi kapal dalam diri ni.

Ahmad Deedat : "Wallah, it's an opportunity Allah has given to you, in this time and age.
In this age of technology, Allah has sent you here. For reasons best known to you, why you are here!"

Bagi saya lah kan, berkomunikasi dengan berlainan jantina tak salah. Asalkan kita tahu meletakkan batas/border line/limit kita kat mana. Sebab tu lah sekarang, saya kurang gemar bila seseorang berlainan jantina tiba-tiba tegur saya di ‘chatbox’ tanpa tujuan yang jelas. Kalau saja-saja nak borak tu, carilah insan-insan yang sama jenis dengan awak, boleh? Mereka lagi memahami berbanding saya J

Tapi tidaklah nak kata sampai tak boleh berkomunikasi langsung. Nanti takdelah pulak percambahan minda pulak kan. *uhuks* Saya sendiri mempunyai kawan baik berlainan jantina. Jujur saya katakan, saya lebih selesa berkomunikasi dengan mereka  secara beramai-ramai dan terbuka. Maksudnya, bukan antara dua orang je. Hmm, itu lebih selamat untuk hati dan jiwa. Hee bagi saya lah kan. ;)


Eh, tapi ada ke istilah 'kawan baik' laki-perempuan dalam Islam? Tett~

Oups, mungkin entri ini akan mengguris mana-mana pihak. Tapi, bukalah mata wahai sahabat, tak kisahlah lelaki ke, perempuan ke, cuba kita fahami keadaan kawan kita yang opposite gender ni. Mana tahu dia tak suka keadaan macam ni? Mungkin saya hanya mewakili sesetangah pihak je. Mungkin setengah lagi tak. Apa-apapun, terpulanglah pada diri. J


Kalauulahh *kalaulah* kan. Si dia yang kita selalu berhubung tu, pilihan hati kita. Tiap-tiap hari mesti chatting/sms neh, tambah-tambah pulak dua-dua ada fikrah yang sama. I mean, faham ikhtilat. Apa kata.. Apa kata,


“kita tolong each other, baru sweeeet


Hehe. Sebab dua-dua pun tahu benda tu akan bawak kita tersasar kan? Jadi, apa kata kita sama-sama tolong satu sama lain. Awak jaga hati awak, saya jaga hati saya. Kita kurangkan komunikasi tanpa tujuan yang melibatkan dua hala je. Kan sweet tuu. *bak kata Shidah* :p



Dan fokuslah pada jalan hidup masing-masing. Tak perlu lah menyusahkan diri dengan perkara yang tak perlu pun lagi kita fikirkan buat masa ni. Eh, kan? Hee.

Dan dan kalau ada jodoh, jumpalah kita. Biar indah pada masanya~ Ahaks. Kbye.

*dalam masa menyiapkan entri ini, tetiba terbukak fesbuk dan ternampak status Anis

Wake up! Muslims,

bila orang cakap pasal politik, pasal isu semasa, masalah negara, ramai remaja buat tak tahu. ramai tak peduli.rasa diri kecik lagi. rasa tak perlu ambil tahu semua tu.lihatlah, topik yang dibincang remaja sekarang, kpop? music? artis? Cinta?

come on guys. WAKE UP. lebih2 lagi dengan keadaan negara kita yang bergolak sekarang. perlu ada rasa tanggungjawab tu. ingat, kita hidup bukan untuk diri sendiri je. dan kita remajalah yang akan mewarisi negara nanti. keep yourself updated. jadilah seorang yang berilmu. isu semasa kena ambil tahu juga.jangan jadi seperti katak bawah tempurung. baca paper jangan baca bab hiburan je.

Whoaaa tersentap jap. Tapi takkan nak delete balik semua ni? Aiseh T.T Haha. Ok, takpe. Ni last. Next week naik Sem 2 dah. Matang okay. Hidup baru buku baru. Oh yeah.

8 comments:

Afiqahai said...

post yang bagus. isi pun cukup mantap. setuju dengan pendapat awak. thumbs up ! :D

MadhiahMohdGhazali said...

keep on writing. u have a BIG potential my dear :)

TiM said...

awak.. haha.. bagus-bagus..

MUHAMMAD BIN SIFYAN said...

kahkah...
tidak matang...
kanak-kanak la katakan...

Intan7 said...

why women n men can't be friends..
http://youtu.be/T_lh5fR4DMA
XD

mrs him said...

aten .. huhu i know your secret.
and i;m still keep it as a secret.
trust me :')

btw, saya memang sweeeeet kan kan ?
erk *__*

Dr Afifah said...

wah bagusnye. ^_^

dulu saya selalu kena macamni, mule-mule kenal bese2 je,lepas tu lama-lama asyik contact, timbul la macam2 perasaan. alhamdulillah, dah tak buat semua ni. semoga Allah sentiasa pelihara iman kita. amiin. (:

Inspector Saahab said...

stuju dgn komen komen di atas :)