Bangkit. (I)

Biarpun pada pertengahannya, rasa macam nak tutup terus je blog ni. semua mengimbau kenangan lalu yang kononnya susah, hehh.

tapi diri terlupa, the veryyy first time i named it, "in progress"
kerana hakikatnya diri ini masih dalam perjalanan,
perjalanan membaiki diri yang tiada akhirnya,
hingga Tuhan Rabbi memutuskan,
untuk menjemput kembali ruh milikNya..

:)

tanpa sedar, banyak nikmat yang Allah kurniakan. sepanjang 22/23 tahun hidup ni, banyak sangat dah sebenarnya Allah kasi tarbiyah, ajar sikit-sikit. cumanya, mana kesan pada diri? *malu den..
jatuh bangun balik, semangat lepas tu futur lepas tu semangat balik, kadang rasa diri berguna, kadang kadang rasa diri loser, well, biasa.. nama pun hidup.
*baru nk cuba faham dan TERIMA hakikat yang nothing is permanent in this dunya, apatah lagi your feelings, yang hati memang fitrahnya berbolak-balik..n no, awak tak pelik pun kalau jadi camni, ini memang hakikat manusia, hakikat dunia :)

kalau sebelum ni blog ni penuh duka *kurang sikit suka haha*
jom kita selongkar balik hidup, antara kenangan-kenangan best (ingat-ingat lupa) yang Allah hadiahkan sepanjang hidup ni, untuk penguat diri di lain hari ;)



*selain daripada nikmat family yang sentiasa ada di belakang, penguat semangat tatkala lelah, yang sentiasa ada tatkala jatuh, yang memahami apa adanya.. cukuplah itu jika dihitung, dah banyak nikmat sebenarnya..

Form 3 Kamilian *smk kamil skrg dah tak macam duluu. dulu waktu aku, pakai tudung pendek ok je lagii heheh*
>segalanya bermula dengan niat, "aku nak dekat dengan Allah, sbb aku dah nk pmr tahun ni!" lulz sangat alasan. tapi atas titik tolak yang pertama itulah, aku perasan, Allah mula atur hidup aku sikit demi sikit... aku mula kurangkan fanclub2 ni (dulu aku fanclub dafi antara member otai jgk sbb paling kerap online >.<) , aku mula decide utk taknak ada any relationship, so aku clash time tu jugak (cinta monyet betui dulu hehs = =') n sacrifice paling besar aku buat time tu n paling aku ingat; takleh tengok JoBros walau sikit pun! pehh sakitnya pengorbanan tu, aku je tahuu, kalau terdengar lagu jobros kat radio, cepat2 off n tetiba nangis... (lolllll sangatt) n dulu memang tak pernah tinggal tgk utube jb at least 2 kali sehari (dah kira macam mutabaah amal dah kauu), ada live chat pkul 4 pagi sanggup stay up nak tunggu, n byk lg lah.. tapi yeah, sebab aku nak kejar sangat pmr time tu, aku nak buat benda yang allah suka.. n ntah dari mana aku dapat rasa benda tu, allah memang tak suka..

bila ingat balik sekarang, yes, moment2 tu nikmat, mengajar aku tentang niat langkah pertama, kesungguhan, kasih sayang allah :) niat ke arah Allah biar macammana pelik sangat kau waktu tu, disertai dengan kesungguhan. dan macammana allah protect aku waktu tu :')

> Allah hadirkan seorang murabbi, Ustazah Wan Azilah, yang pada mulanya aku tidak pernah mengerti makna seorang murabbi (sampailah aku join tarbiah baru faham maknanya.. lulz) teringat setiap kali kelas PAI, aku duduk paling depan, setiap kali ustazah bagi tazkirah, setiap kali tu jugak aku nangis sobs.. lembut sangat hati ni duluuu wuwu. n kalau hujung minggu, ustazah ajak kami (geng 7 wonders tu) utk dtg rumah, ustazah masakkan macam-macam, n time tu jugaklah ustazah kasi peringatan2. (i never knew that is called 'liqa'@ usrah pun) i just go with the flow~

>Allah hadirkan seorang lagi murabbi, Ustazah Anita Khana, yang tidak kurang hebatnya dalam mentarbiyah kami tanpa sedar. tazkirah2, denda2, nasihat2. aku palinggg ingat ustazah marah aku balik, bila aku bg excuse dengan salahkan orang lain, terang2 n depan2 orang lain Ust tegur aku direct, its not a good attitude to blame others! n sungguh2 ustazah nak ajar kami, sanggup buat kelas kat rumah, layan kami macam anak sendiri, ajak datang rumah etc. n ustazah lah orang yang pertama encourage n buka mata aku untuk try solat tahajjud, bangun malam untuk pertama kalinya dalam hidup....

> 7 wonders! Ah, Nad, Syikin, Farahana, Fifi, Fatinyana, n aku... huehehe. banyak sangat moments dengan diorang niii. sentiasa berada di sisi setiap susah n senang, paling faham aku, n up untill now, diorang still my biggest supporterssss yosh! surely one of the nikmahs in life i must treasure!

>Cikgu Juhaidi :) antara cikgu yg put his faith in me esp dalam debat, pidato. hampir terkubur je rasa nk involve dalam pengucapan awam ni (lols dulu sekolah rendah je pun) tapi alhamdulillah, diberi peluang join team sekolah. well, experience ni ajar aku to train how to build your confidence, time management n rasalah jugak diri ni berguna sikit huhuks. n ofkos! teammates yang besttt sangattt2! sape2 pernah join team sekolah mesti tahu kan cammana bond yang sangat kuat, supportive n happening tuu! thanks matju, ah, kakfatin, payek n lain2 for the memories :')

>Sir Zul :') antara cikgu yang dah kembali pada Allah, dengan banyak sangat3 saham akhiratnya, inshaAllah aminn! Sir Zul lah antara orangnya yang keep track akademik aku n Ah. kami banyak sangat skip class even time nak dekat2 exam dah. tapi sir zul ni lah yang panggil kami, bagi lectures (lol) ajar kami 2 orang je apa yang tertinggal, n dia jugaklah yang nakkkk sangat2 kitorang 2 orang sambung blajar kat kisas lepas pmr. Sir, I've made it Sir! :')

> nikmat pertama kalinya rasa nak hargai malam-malam dalam bulan Ramadhan. can't describe the feeling.... [:

***
Antara kenangan-kenangan terindah, titik tolak pertama aturan Allah dalam hidup aku, pada fasa awal ditaklifkan tugas yang sebenar berada di muka bumi ini..

Biarpun permulaannya bukanlah sebaik yang disangka. Aku bukanlah anak ikhwah akhawat yang tahu kehidupan bermakna dari awal, aku bukanlah anak ustaz ustazah yang tahu soal halal haram, aku juga bukanlah anak bangsawan, berpangkat tinggi, berilmu tinggi. Aku orang biasa, ya, orang biasa yang penuh cacat cela..

Kerana awalnya diriku dulu bukanlah seorang hamba yang mengenal erti hakikat bertuhan. Malah dipenuhi hidup dengan keseronokan dunia, jauh sekali melihat Allah dalam dirinya..

Tetapi bagaimana Allah mengatur hidup, sedikit demi sedikit, Dia menarikku ke arahNya..
Nikmat manakah lagi yang ingin aku dustakan?


bersambung...

No comments: