Good things come to those who wait.
#tb
"Dia akan bekerja; dimanapun berada dan ke manapun diusir. Langsung tidak rindu dan teringat kepada mana-mana tanah."
"Aku tidak mungkin sekali-kali mengikat janji kepada Allah lalu aku mungkirinya."
"Kebencian pada hidup dan ketakutan kepada Allah mengeluarkan daku
Ke medan jihad dan menjual diriku dengan harga yang tidak ternilai
Sesungguhnya aku telah menimbang apa yang kekal dengan apa yang fana
Demi Allah, sesuatu yang kekal tidak dapat ditandingi oleh sesuatu yang fana."
"Ia adalah pengorbanan jiwa, kalau tidak (maknanya) kamu menyibukkan diri dengan kerja tak guna."
"Umat Islam tidak mungkin akan kembali semula kepada Islamnya kecuali dengan adanya dakwah yang tertegak atas asas pengorbanan jiwa. Jika tidak, ia hanya tinggal angan-angan kosong, dengan mengharapkan pemimpin kufur dan jahiliyyah akan mendengar nasihat dan diplomasi. Itu semua hanya kerja tak guna, 'vanity', 'farce' dan sia-sia."
Nafas baru
it requires effort, mujahadah, sakit dulu, jatuh dulu. like me,
"La yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
(Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya)
First thing to do;
Rahmat Ujian
Saya ada kenal sorang kakak ni. Hmmm.. Aura diaaaa, peh..
Saya tak tahu apa dia buat kat saya, tapi saya rasa diri sy byk improve, diri sy lg nk berfikir, berfikir dan berfikir, diri sy lagi nak cubaa sgt2 bersihkan hati, bersihkan niat nak buat kerja dakwah ni semata2 kerana Allah je. Hebat sangat waktu tuuu, rasa macam "Fuhh, aku lah paling kena semangat, paling kena faham nak buat dakwah. Jatuh bangun dakwah ni atas aku!"
Semangat..
Bila takdir memisahkan, rasa sedih sikit dalam diri. Oh well, orang kenal diri ini as someone yg 'bold'. Susah nak express feeling, susah nak terasa, susah nak rasa apa2 etc. Tapi...
That event really hit me so hard. Rasa macam ni pernah jadi dua kali je dalam hidup sebelum ni. And dua-dua tu sebab attachment perasaan dekat someone yang belum tentu apa2 pun lagi (jahiliah lama ntah ape2 ~_~) But I think, for this time around, it's even worse! Sebab aku rasa ni kat perempuannnn T_T apakah....
Apa lagi Allah nak ajar..
Tak lepas lepas lagi ujian ni..
sobs.. T_T
Tapi Alhamdulillah, cuba paksa diri lawan. Kalau betul sayangkan seseorang hanya kerana Allah, maksudnya, imbalannya hanya kita tunggu DARI ALLAH. bukan orang tu.. lols
Alhamdulillah kejap je fasa tu berlaku and everything back to normal..
Susah sangat... nak lepaskan pergantungan kita hanya kepada Allah. bila kata hanya berIlah kan Allah, Allah mmg akan uji part tuu.. sampai bersih betul-betul.
Bukan attachment pada manusia je, tapi pada usaha sendiri, kemampuan diri..
Kalau boleh, Allah memang nak kita bersihhhhhhhh sebersih-bersihnya daripada segala ilah-ilah lain melainkan Dia, samada secara fizikal atau abstrak.
Fizikal mungkin, orang-orang yang kita sayang, family kita, kawan kita, laptop, phone dll.
Abstrak mungkin, cara fikir kita, perasaan kita, rasa kita mampu buat dengan usaha kita, segala takdir yang berlaku dalam hidup kita dll.
Allah nak kita cari Dia jee! Allah nak kita bergantung kat Dia jee! Jangan adakan Ilah lain samada sedar atau tidak.
Astaghfirullah..
Jujurnya, diri ini masih belum lepas pun ujian tu. Masih cuba untuk kuat, untuk gagahkan diri untuk sisihkan benda-benda dunia ni dalam hati.. Susah sangat nak beriman dengan hadis orang mukmin yang bersabar tu.. T_T
Sungguh mengherankan perkara seorang mukmin itu, sesungguhnya semua perkaranya itu baik baginya, dan itu tidak dimiliki oleh siapapun kecuali hanya untuk orang mukmin. Jika seorang mukmin itu mendapat kesenangan lalu kemudian dia bersyukur (hanya kepada Allah) niscaya ia akan mendapatkan kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa musibah lalu bersabar, maka itu juga sebuah kebaikan baginya. (HR. Muslim)
Alhamdulillah 'ala kulli hal. Doakan saya kuat... kembali kepada Allah dengan keadaan bersih sebersih-bersihnya :')
*Payphone*
*Payphone Violin Cover as background music*
sem 2.2nd year
A:
Pejam celik, pejam celik, eh, nak balik malaysia dahhh (?)
tetiba rasa macam nak jadi orang normal. normal means, macam orang yang tak pernah kenal tarbiyyah?
bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. takyah pikir pape, pikir pasal diri sendiri je.
lol.
B:
Kau tahu benda tu macam guilty pleasure kan. Kau tahu best jeee buat semua tu, travel tempat lawa2, shopping sukahati bila masa nak, kawan dengan sape2 kau nak, join ni, join tu, semua benda yg kau rasa boleh "polish" bakat kau ada. tapi... deeeeeep inside, mesti kau rasa uneasy. sebab kau dah tahu satu kebenaran yang nyata! yang memang benda benar yg kau takleh sangkal pun!
A:
:( tahuuuu. tapi nak buat jugak.. kejapppp jeee. alah, rebel la skali skala. kenapa nk ikut sangat orang kata?
B:
Ni bukan soal orang kata ke apa. Aku kenal kau sape, aku tahu kau bukan jenis affected sangat dengan apa orang kata. kalau kau nak buat something, kau buat je. kan? tapi, benda yang kau nak buat sekarang, benda ni mcm escapism je.. tak kekal lama pun.. bukan menjamin ke'hapiness'an kau sampai bila2. kau stress ke apa ni? amek medic, memanglah susah! janganlah cepat affected! kau study je lahhh.
A:
.........
B: k dah2. banyak lagi benda kau kena buat. fokus k! doa banyak2.
Fasabrun Jamil
A: Eh, siapa bagi oreo ni? Eh, ada surat la!
B: K*** la yang kasi. Baca nanti lah surat tu meheheh
K: Eh, bukan akak la yang bagiii. Baca la sendiri surat tuu!
B: oo okay okay
B menyentuh surat yang dari tadi ter'attach' pada oreo tanpa disentuh. Pada hematnya, K*** lah yang kasi, housemate kottt, baca lepas ni pun takpe kehkeh.
Ternyata sangkaannya salah. Surat itu dari mutarabbinya sendiri!
Lalu berkatalah si A...
A: Mungkin dia harapkan balasan dari awak jugak kotttt
B: Eheheh takpe takpe... dia dah dapat dah.. (mood kurang nak layan sebab nak habiskan lecture notes yang bertimbunn niii)
A: oh ye ke? awak bagi apa kat dia??
B: Hanya Allah yang tahuu *senyummm*
Si A tersentap mungkin. Dan terus berlalu begitu sahaja.
Si B bingung. "Aku salah cakap ke tadi (?)"
Adoi. Fenin ana.
Hidup kita ni, bermacam-macam jenis mad'u. Diri kita sendiri pun mad'u jugak. Maksudnya, diri kita sendiri pun banyak perangai, hadui.
Ada yang sensitiveee sangat, ada yang bold sangat, tak kisah orang. Bila personality clash? Dua dua tak bertegur sapa. Mana ukhuwwah yang diperjuangkan(?)
Mungkin B malas nak hurai panjang pasal apa yang dah dia buat kat anak dia. Mutarabbi kott. Mestilah dah pernah DF giga. That's his/her personal choice nak cerita ke tak apa yang dia dah buat. Mungkin he/she regards that as 'private ibadah' between him/her and God. Biar Allah saja yang tahu banyak mana dah dia sacrifice untuk mutarabbinya, buat apa nak bagitahu orang? mcm riak takabbur je err. Mungkin dia pun nak jaga hati dia. hehs. Atau mungkin, dia pun nak defence diri dia. hmm hmm.
Mungkin A ni pula memang sungguh-sungguh nak tahu apa yang si B ni dah buat. Mungkin boleh dipraktikkan (?) tapi sayangnya si B jawab macam nak taknak je jawab. Ish, jawab je lah, bukan susah pun kan? nak berahsia berahsia pulak, tak paham den. hmm hmm.
***
Allahu a'lam.. Hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati masing-masing. Berlapang dada ialah serendah-rendah ukhuwwah. Bersabar je lah ea. Kbye nak sambung baca GIT. Semoga tenang.
Duniaaaa je semua nii
#6
"Dan di antara manusia ada yang menyembah Tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang-orang yang berbuat zalim itu melihat, ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu semuanya milik Allah dan bahwa Allah sangat berat azabNya (niscaya mereka menyesal)." (2:165)
"Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah"
Orang beriman. Besar maknanya. Mengucap kalimah syahadah belum beerti kita benar-benar beriman. Astaghfirullah.
Rasa lemah sangat jiwa. Sejak datang sini, pengisian penuh pasal haraki je. Tak tahu cammana status hati kat dalam ni. Sememangnya tarbiyyah dzatiyyah itu yang menguatkan.
Ya Allah... Tak tahu samada diri ini berada dalam golongan orang beriman dalam ayat tu. Besar manakah cinta kita pada Allah? Banyak mana kita gerak selama ni sekadar gerak je? Tapi jiwa sendiri kosong... Macammana air nak mengalir kat orang lain kalau sendiri tak rasa?
Ahli Badar, betapa Allah angkat darjat mereka, Allah mentioned dalam Al-Quran kottt. Mereka berjuang semata-mata kerana Allah! Tiada langsung kepentingan diri walau sekelumit pun! Astaghfirullah.
Mukhlisin, mujahidin yang menegakkan ad-deen,
Matlamat mereka jelas, tinggi. Hanya mengharap redha Allah. Menyampaikan al-haq semata-mata kerana Allah. Sebab tujuan mereka satu je- nak jumpa Allah kat syurga nanti!
Mereka bersuara untuk mengislah keadaan. Jauh sekali untuk mengangkat diri. Hanya untuk kepentingan ummat. Biar diri sendiri lelah, biar diri sendiri terkorban. Asalkan agama yang benar ini ditegakkan!
Jauhnya beza kita dan mereka. Kalaulah titik tolak kita pun dah tak lurus, bagaimana natijahnya nanti? Astaghfirullah.
Biarlah ini jadi pesanan buat diri. Jadilah daie yang betul-betul bergerak kerana Allah. Menolak semua tarikan al-hawa, bermujahadah tanpa henti. Kerna diri sendiri sedar, dunia ni hanya sebentar, kelak di akhirat kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang diperkatakan.
| Mizen Head - Jaulah usrahmates (Spring break) |
