Rahmat Ujian

Ehem ehem *betulkan suara*

Saya ada kenal sorang kakak ni. Hmmm.. Aura diaaaa, peh..
Saya tak tahu apa dia buat kat saya, tapi saya rasa diri sy byk improve, diri sy lg nk berfikir, berfikir dan berfikir, diri sy lagi nak cubaa sgt2 bersihkan hati, bersihkan niat nak buat kerja dakwah ni semata2 kerana Allah je. Hebat sangat waktu tuuu, rasa macam "Fuhh, aku lah paling kena semangat, paling kena faham nak buat dakwah. Jatuh bangun dakwah ni atas aku!"

Semangat..

Bila takdir memisahkan, rasa sedih sikit dalam diri. Oh well, orang kenal diri ini as someone yg 'bold'. Susah nak express feeling, susah nak terasa, susah nak rasa apa2 etc. Tapi...

That event really hit me so hard. Rasa macam ni pernah jadi dua kali je dalam hidup sebelum ni. And dua-dua tu sebab attachment perasaan dekat someone yang belum tentu apa2 pun lagi (jahiliah lama ntah ape2 ~_~) But I think, for this time around, it's even worse! Sebab aku rasa ni kat perempuannnn T_T apakah....

Apa lagi Allah nak ajar..
Tak lepas lepas lagi ujian ni..
sobs.. T_T

Tapi Alhamdulillah, cuba paksa diri lawan. Kalau betul sayangkan seseorang hanya kerana Allah, maksudnya, imbalannya hanya kita tunggu DARI ALLAH. bukan orang tu.. lols

Alhamdulillah kejap je fasa tu berlaku and everything back to normal..

Susah sangat... nak lepaskan pergantungan kita hanya kepada Allah. bila kata hanya berIlah kan Allah, Allah mmg akan uji part tuu.. sampai bersih betul-betul.

Bukan attachment pada manusia je, tapi pada usaha sendiri, kemampuan diri..
Kalau boleh, Allah memang nak kita bersihhhhhhhh sebersih-bersihnya daripada segala ilah-ilah lain melainkan Dia, samada secara fizikal atau abstrak.
Fizikal mungkin, orang-orang yang kita sayang, family kita, kawan kita, laptop, phone dll.
Abstrak mungkin, cara fikir kita, perasaan kita, rasa kita mampu buat dengan usaha kita, segala takdir yang berlaku dalam hidup kita dll.

Allah nak kita cari Dia jee! Allah nak kita bergantung kat Dia jee! Jangan adakan Ilah lain samada sedar atau tidak.

Astaghfirullah..

Jujurnya, diri ini masih belum lepas pun ujian tu. Masih cuba untuk kuat, untuk gagahkan diri untuk sisihkan benda-benda dunia ni dalam hati.. Susah sangat nak beriman dengan hadis orang mukmin yang bersabar tu.. T_T

Sungguh mengherankan perkara seorang mukmin itu, sesungguhnya semua perkaranya itu baik baginya, dan itu tidak dimiliki oleh siapapun kecuali hanya untuk orang mukmin. Jika seorang mukmin itu mendapat kesenangan lalu kemudian dia bersyukur (hanya kepada Allah) niscaya ia akan mendapatkan kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa musibah lalu bersabar, maka itu juga sebuah kebaikan baginya. (HR. Muslim)

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Doakan saya kuat... kembali kepada Allah dengan keadaan bersih sebersih-bersihnya :')

No comments: