Phoenix Park 15Sept2013 |
Dah sampai Dublin. Alhamdulillah :)
Setelah tiga minggu, baru rasa nk update heheks.
Ditakdirkan Allah, saya tercampak sorang-sorang kat Belgrove 34. Maksud sorang- saya sorang malay! Housemates lain semua Chinese. Awal-awal, rasa macam excited jugak hehe. Ada peluang nk kenalkan Islam (ceh,bajet je) and test mujahadah diri untuk maintain mutabaah amal (ni lagi poyo ~.~) Tapi bila difikirkan balik tarbiyyah diri, dan kata-kata kak Fadnor, hmm ada sebab untuk saya tukar rumah dengan (at least) ada sorang muslim. Saya tak kuat.. lulz.
Tak kisah lah kan apa-apapun. Yang penting, ada benda yg saya belajar dari Gabby, Shin, Tu Lip masa kat rumah 34 tu. Sebelum keluar, adalah jugak dua kali kitorang buat housemates bonding! borak-borak sampai tidur lewat malam..lols.
Sampailah topik yang diorang tanya.... kenapa muslims takleh pegang anjing?
Gulp.. ambik masa jugak nak atur ayat wuuu.
Lepas tu diorang pun share jugak kenapa diorang takleh makan beef, (oh yea, Shin and Tu Lip Buddhist, Gabby Christian). Yang takleh makan beef tu Buddhist. Diorang cakap sebab lembu pernah tolong 'tuhan' diorang and waktu zaman dulupun, lembu jugaklah yang tolong diorang bercucuk tanam semua. Gabby pulak share, Christians takleh enjoy sangat hari Jumaat (maksud takleh enjoy, kena puasa ke apa ntah) sebab Jesus meninggal hari tu.
Dannnn, diorang pun tahu kenapa kita takleh makan pork. Gabby cakap sebab pork tu kotor. Hmm, betul, tapi perintah Allah yang utama.
Diorang sangat baikkkkkkk. Rasa tak best je masa nak pindah tuu sobs sobs. Dan diorang bagi ni ;
:') |
Tak sabar nak tunggu patient visit! Hee
1 comment:
Semoga berjaya di sana
Post a Comment