Sedihnya....
Mungkin tak cukup buat kerja lagi ni..
Hmm memang tak cukup pun!
Tapi apa salah kami?
Kami cuma nak yang terbaik untuk adik-adik..
Kami nak adik-adik dapat apa yang kami dapat...
Kami nak adik-adik dapat rasa apa yang kami rasa..
Sebab syurga itu untuk dikongsi bersama..
Kan sweet dapat jumpa kat jannah nanti sama-sama...
Saya tak faham...Kenapa macam ni sekali?
Apa yang kami buat selama ni salah ke?
Kami lembut sangat pun salah ke?
Kami layan baik sangat pun salah ke?
Saya tak fahamlah...
Mungkin strategi perlu ditukar.
Kekasaran mungkin?
huh, maaf. itu bukan saya...
tolonglah adik-adik..
kalau nak rebel pun, buatla cara professional.
jujur, jauh di sudut hati.
hati kami hancur, remuk, berkecai sangat sangat dah bila dengar semua tu..
Apa? tak cukup lagi ke kami bagi peringatan?
tak cukup berhikmah lagi ke?
mungkin lembut sangat sampai naik menyampah?
Ya ALLAH..... :'(
Kalaulah awak semua faham kenapa kami buat semua buat ni..
Kalaulah awak semua faham sebab kami semua buat ni..
Kami tak minta pape pun..
Korang taknak respek kami pun, kami tak kisah..
Tapi jangan sampai tergadai agama dalam diri..
Susah sangat ke nak merasa 'izzah dengan nama Islam?
susah sangat ke? kolot sangat ke? jumud sangat ke?
Ya Allah... :'(
Apa guna saya cakap kat sini ek?
Mungkin untuk mengumpul kekuatan untuk berdepan dengan adik-adik.
Memang hampir patah semangat dah pun.
Rasa macam taknak dah buat semua ni untuk korang.
Yelah kan, benda ni kan macam membazir masa korang.
*tak pernah sampai ada rasa macam ni kat korang tau.
selama ni, apa yang berlaku, akak pendam je.
akak tak kisah pun. sebab akak percaya korang akan dapat apa yang akak dapat nanti.
tapi kalau dalam proses macam ni pun awak dah jadi macam ni,
apa lagi yang perlu kami buat?
Ya Allah, kuatkanlah barisan kami... ;(
1 comment:
Sesetengah insan, apabila Allah memberi cahaya buatnya untuk berubah, dia takut untuk menerima cahaya itu. Dia takut akan pandangan orang lain. Takut orang menyangka dia mempunyai ilmu agama yang tinggi.
"Sungguh engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah yang memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang orang yang mahu menerima petunjuk . " (28:56)
NHS, bukan kita yang sentuh hati mereka. Allah yang sentuh. Allah tidak memandang hasil, Allah pandang usaha. Jangan mengeluh,putus harapan dlm berusaha.
Post a Comment