"Fatin, setiap hari apa yang jadi adalah tarbiah dari Allah. Komunikasi khas. Semua orang buat salah tapi yang paling baik adalah yang belajar dari kesilapan. Sama macam Saidina Umar. Kesalahan membunuh anak sendiri buat dia kuat bermuhasabah lepas tu. Takde yang salah dengan takdir Allah. Ini sebaik-sebaik tempat buat Fatin untuk belajar apa sebenarnya hidup. Bukan macam sekolah lama kita, jauh dari realiti. InshaAllah, we'll always be here. Sama kita baiki iman.."
Thanks akak-akak, sahabat-sahabat yang sentiasa ada pada saat yang diperlukan, yang sentiasa ada saat diri makin tersasar, saat diri makin lalai. Yang sentiasa peringatkan yang mana betul, yang mana salah. Terima kasih kerana menjadi seorang SAHABAT, yang bukan hanya membiarkan sahabatnya makin jauh tersasar, malah makin menarik mereka ke jalan yang sepatutnya. Terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas segala usaha sahabat .
Dan mungkin, inilah masanya. Setelah sekian lama terleka, alhamdulillah Allah titipkan juga sedikit demi sedikit perasaan yang pernah dirasai dahulu dan sangat dirindui waktu ini. Mungkin inilah masanya, untuk diri merefleksi diri atas segala yang berlaku.
BERDOALAH selalu kepada Allah, Dialah pemilik hati kita, Allah itu DEKAT, mungkin kita yang menjauhkan diri dari-Nya..
3 comments:
babe, m wishing u all d best there! may God blessssss! ^^,
that why you need 2 find a true friend that lead you to His way,.,
thanks for the short-tazkirah,ustzh Hani Fatin...
Post a Comment