Alhamdulillah, diberi peluang ke Istanbul untuk winter break kali ni. Rasa teruja jugak nak tengok tempat Sultan Muhammad Al-Fateh ni. 4 hari je, tapi ada je benda yang Allah nak ajar.
Hagia Sophia |
Blue Mosque |
Dalam masa 4 hari, kami sempat melawat tempat-tempat sekitar Istanbul je. Tak sempat nak pergi Cappadocia tempat hot air balloons tu wuu. Tapiiiiiii, dapat peluang pergi makam Al-Fateh dengan Abu Ayyub Al-Ansari pun dah rasa macam satu nikmat yang besar. Makam sahabat Nabi kot!
Rumeli Hissari |
Terkesan tengok orang-orang yang datang makam Abu Ayyub Al-Ansari. Betapa dekatnya mereka rasa dengan sahabat Nabi.. Orang yang tak rasa apa-apa ni, kena sangat2 bersihkan hati.. Allahu, ego sangat mungkin..
View of New City from Old City (Eyup Neighbourhood) |
Kalau tengok kat Istanbul saja, banyakkkk sangat Masjid. Kalau azan tu, semua bersahut-sahutan. Satu masjid tu pulak, besar sangat2. Satu benda yang kagum sangat dengan Turks ni, jemaah sentiasa penuh setiap kali solat. Kalau Blue Mosque tu macam logik lah jugak sentiasa penuh (sebab tu tourist attraction).
Tapi kat Eyup Mosque pun, penuh sangat2 jugak. Sampai jemaah tu terpaksa solat kat luar masjid. Anak-anak kecik pun ramai ikut mak ayah pergi solat awal waktu. Hebat kannn ^_^
Bila tengok Topkapi Palace dengan Dolmabahce Palace, nampak sangat beza. Topkapi Palace tu istana yang Sultan Muhammad Al-Fateh bina betul-betul lepas dapat takluk Kota Kostantinople. Makin lama, makin banyak sultan berganti-ganti, makin besar kawasan Topkapi Palace tu.
Masa Sultan AbdulMajid memerintah, Dolmabahce dibina, atas alasan, sultan tu nak istana yang ala-ala 'western'. Start dari tu, semua khalifah lepas Sultan AbdulMajid tinggal kat Dolmabahce. Kat Dolmabahce tu la tempat Mustafa Kamal Atartuk meninggal. Satu je conclusion, betullah, kalau tak fokus, asyik nak kejar dunia, akhirat tu makin hilang di pandangan mata.
Tengok ni. Budak kecik pun kenal Tuhan. kehkeh |
Tapi, adalah jugak yang less practice muslims (boleh pulak buat term sendiri >.<) Mungkin saki-baki Mustafa Kamal Atarturk dulu dulu (suka hati buat assumption) mehehehe.
Masa Sultan AbdulMajid memerintah, Dolmabahce dibina, atas alasan, sultan tu nak istana yang ala-ala 'western'. Start dari tu, semua khalifah lepas Sultan AbdulMajid tinggal kat Dolmabahce. Kat Dolmabahce tu la tempat Mustafa Kamal Atartuk meninggal. Satu je conclusion, betullah, kalau tak fokus, asyik nak kejar dunia, akhirat tu makin hilang di pandangan mata.
Wahn. Salah satu sebab khilafah jatuh. Fuhh.
Dolmabahce Palace |
Topkapi Palace |
Hmm. Banyak je benda, tapi setakat ni je dulu k!
No comments:
Post a Comment