random .

okay, sekarang saya sangat emo. sangat sedih bila tengok blog saya macam takde penghuni dah. waaa :'( nak say sorry for not updating, alahhh sape sangat nak baca blog ni? HOHO. 

AFK for reasons lah. salah satunye sebab cuak nak amek test keta. test tu je ponnnn~ LOL. dan lain-lainnya sebab ketandusan idea + hilang mood beblog. ouh, sangat kesian~

ramai tahu kan yang aku amek lesen paling lambat kut antara spm leavers yang laen. kawan aku pun dah ramai dah dapat lesen. tapi, aku baru je nak start. maknanya, aku ambek lesen pon sorang-soranglah. takde kawan pun macam orang lain. ALONE kawan,ALONE. paham tak?



kalau sape ada baca post lama aku waktu zaman batu dulu-dulu, for sure lah diorang terkejut. sebab aku ni bukan jenis bergaul dengan orang pun. pastu tetibe amek lesen sorang-sorang. waddehek? memang kaku je la nanti duduk sane sorang-sorang. but then, you know what? i've made it! aku buat semua benda sorang-sorang!

dan aku tak pernah lagi rasa seMATANG itu. hoho. ehh, aku kawan pun dengan akak-akak yang dah beso. mana ade kawan dengan orang yang sama baya ngan aku. HAHA. (okay, itu penipuan yang sangat besar)

takdelah. aku nak cite pasal kakak ni. setiap kali aku pegi, mesti jumpa kakak baru yang jadi kenalan. (baru 2 kali pegi je pon) tapi apa yang speselnya kakak-kakak ni daripada yang laen ialah ;

mereka buat mata aku betul-betul celik pasal ukhwah islamiyyah =)

kami baru jumpa beberapa minit, tapi aura kemesraan tu macam dah lama terjalin. maybe sebab kitorang sama-same pernah sekolah agama dulu kut? yang paling aku terharu, time nak balek, kakak yang jadi cikgu fardhu ain tu peluk aku. *sama macam bdk bdk sekolah lama aku dulu bila kitorang nak berpisah etc. etc* 

terharu kut :')

macam aku cakap tadi. aura kemesraan macam senang je nak ade. mungkin sebab kitorang dah diterapkan yang semua orang Islam tu bersaudara. dan setiap saudara-saudara ni haruslah memegang kepada ukhwah islamiyyah untuk kita kuatkan lagi Islam (kalau salah, betulkan) lagipun, ada kan pepatah arab, 'perpaduan asas kejayaan' . nak taknak, aku kena sayang saudara aku! (bunyi macam pelik, heh -_-")

haa, tapi tulah hakikatnya. walau terkesan, tercalar banyak mana pun hati aku kat mana-mana kawan, aku kena maafkan dia jugak. cuba bayangkan, kalau umat Islam sendiri gado gado sesama sendiri, bila Islam nak maju kann. last last, orang kafir jugak yang tersengih-sengih macam kerang busuk tengok kita berpecah belah. ish3 >,<

dah lama aku pikir, PAS-UMNO, bila nak berbaik? oups~ >.<

uhibbukifillah. selalu aku ucap kat sahabat-sahabat lama lepas kitorang abes solat fardhu jemaah. aku rindu. apabila sayang seseorang itu kepada saudaranya semata-mata kerana Allah, insyaAllah kita terima jea apa perbuatannya, baik mahupun buruk. kalau ada yang salah, adalah yang menegur. =)

dan aku sangat tabikk spring-lah dekat akak-akak tu. kak yah siap bagi pinjam telekung lagi time nak solat zohor. walaupun, kat surau tu dah ada. tapi, paham-paham jelah. surau awam, telekung bukan proper sangat.
yang akak sorang lagi tu, siap nak tolong pegi hantar balek rumah lagi! woww, sirius susah nak jumpe dengan orang yang baru kita kenal, tapi dah siap offer segala bagai. cool kan? HAHA.

okay dah. panjang bebenor nih. cukuplah untuk warm up aku kembali aktif dalam dunia blog. +__+

psst : saye rindu marshie lah. tak letih letih dtg menjenguk yea. ehhe, time kaseh lalink ;)

maka ; sekian.

10 comments:

Anonymous said...

EPO !
aimi amek lesen L
jer kot, tu pon lom abes .. sbb jpj tak p lagi.

heee.. tatau la bila nk p amek..
-.-''
ari ari nek bas g tmpt prktikal
salu kene perli ngn drbar bas tu :(

kui3~

:)

NIFA said...

@aimi shahida

laa yeke.
takpe, takpe.
at least ade jgk lesen tu.
HUHU >,<

Anonymous said...

ade lesen tp tak di iktiraf kot ?
huuuu ,
epooo , mish3 yu ♥

NIFA said...

@aimi shahida

laa.takpe. ade mse lg kan3? =)
alalala. mish u too lalink! ;]

ueya megami said...

hahha awak kate awk antara yg terlmbt ambik lesen kereta antara spm leavers?so akak ni ape?terlambat antara yg lmbat yea?umo dah 21 pun xde lesen lg.asek kne p belajar punye psl smpai xde mase nak ambil lesen wuuu sedihnyeee..

feeq said...

huhu.. best nye ade org camtu.. kalao la jdk kt tmpt aku.. kn best..

marshmallow said...

hehe ni pun dah 19 baru nak amek lesen lalink. kihkihkih tu pun macam xde feeling jak. padahal x reti driving langsung =.='

susah tak? heee baru daftar kot. nex week pergi kelas.

NIFA said...

@ueya megami

atoii~ akak pegi smbg blaja,xpe le. sy ni duk sje2 kt rumah. bosan oh! huhu >.<

NIFA said...

@feeq oo9

yup2. sgt best ^^

NIFA said...

@marshmallow

susa? haha. bole la. klau dah biase dgn keta auto, ttbe naek manual, mmg kaki tebelit2. lol ><